Premis Kekal Pusat Pendidikan i-Musleh

Latar Belakang

Pusat Pendidikan i-Musleh (PPiM) merupakan sebuah institusi yang menyediakan pendidikan Islam yang holistik di negeri Melaka sejak tahun 2011 bermula dengan menubuhkan Sekolah Rendah i-Musleh (Sejak 2011) dan kemudian Sekolah Menengah i-Musleh (SMiM) pada tahun 2023.

Tawaran Kami
  • Pendidikan Islam yang holistik

  • Ekosistem pendidikan yang membina dan mampu mengembangkan potensi pelajar

  • Pendidik dan staf sokongan yang terlatih dan berdedikasi

  • Kurikulum akademik KPM dan diniyah (agama) IKRAM-Musleh yang diiktiraf dan terbukti berkesan

  • Pendidikan berkualiti pada harga sederhana.

Menyediakan ruang dan fasiliti terbaik untuk pembelajaran

Premis baru ini akan merangkumi sebuah Sekolah Rendah (18 kelas), Sekolah Menengah (10 kelas), beberapa buah makmal sains, makmal komputer, dua perpustakaan, pusat inovasi, pejabat, bilik guru, dewan makan, surau dan padang gelanggang.

Kami kini beroperasi di premis sementara di lot kedai di Kompleks Komersial Boulevard, Ayer Keroh (Peta). Kami bercita-cita mewujudkan sebuah premis kekal di atas tanah seluas 4-ekar di Bandar Hijau Hang Tuah Jaya, Melaka (Peta) yang telah dibeli hasil sumbangan orang ramai sebelum ini.

Gambaran Premis Kekal

Keperluan Premis Kekal

1. Menyediakan ruang dan suasana yang lebih kondusif untuk mendidik.

2. Menyediakan fasiliti dan infrastruktur yang lengkap untuk pembelajaran.

3. Mampu menampung jumlah pelajar yang meningkat saban tahun.

FASA PEMBANGUNAN

FASA 1: RM12 juta

  • Kerja tanah dan penyelengaraan

  • Bangunan sekolah rendah

  • Pejabat dan Bilik Guru

  • Kantin

FASA 2: RM7 juta

  • Bangunan sekolah menengah

  • Surau

FASA 3: RM1 juta

  • Perabot dan kelengkapan

Ayuh bersama kami dalam misi untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada masyarakat